Ahad, 22 Mei 2011

PEMAMPAT DAN KAWALAN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN


Pengenalan penyamanan udara kenderaan

Sistem penyamanan udara kenderaan merupakan satu keperluan kepada pengguna. Bolah dikatakan semua kenderaan samaada domestik atau komersial akan dipasang dengan sistem penyaman udara.
Tujuan penyaman udara untuk mengekalkan suasana selesa dalam kehidupan manusia. Mengikut sejarah, penyamanan udara bermula lebih dari 12 ribu tahun dahulu. Penyamanan udara kenderaan yang pertama ialah pada tahun 1927. Kebanyakan kenderaan pada masa itu hanya dipasang sistem pemanas, pengagih udara dan penapis angin bersama motor kipas sahaja. Sehinggalah pada tahun 1940, heater and defrosters standard equipment dipasang pada kereta. Sistem penyaman udara kenderaan yang moden dan lengkap telah diperkenalkan oleh syarikat cadillac.
Tahun-tahun seterusnya mula perlabagai syarikat mencipta dan memasang sistem  penyaman udara kenderaan tidak hanya terhad pada kenderaan domestik tetapi telah berkembang pada kenderaan komersial, dan perkapalan. Maka bermulalah era yang bukan lagi sebagai barang mewah tetapi satu keperluan pada pengguna. Dengan ini penyamanan udara menjadi satu sumber pendapatan yang sentiasa memperbaharui ciptaan dan keluaran.


JENIS DAN OPERASI PEMAMPAT


TERDAPAT DUA JENIS :
  1.   RECIPROCATING TYPE
a)    CRANK TYPE
b)   SWASH PLATE TYPE

     2 .  ROTARY TYPE
  •         THROUGH VANE TYPE


 
OPERASI PEMAMPAT JENIS RECIPROCATING :
Di dalam pemampat jenis reciprocating, shaft akan mengerakkan piston.
      I.        Jenis swash plate, pressure plate akan mengerakkan swash plate. Swash plate pula akan menggerakkan piston.
    II.        Jenis crank, pressure plate akan menggerakkan connecting rod. Connecting rod pula kan menggerakkan piston.
Operasi pemampat jenis crank :
      I.        Mekanisma pemampat.
Terdapat dua jenis injap yang dipasang kepada valve plate. Injap sedutan dipasang dibawah permukaan valve plat. Injap luahan pula dipasang diatas permukaan valve plate.
    II.        Lejang sedutan.
Apabila omboh berada di bawah, valve reed bahagian luaran akan terutup. Ini disebabkan tarikan omboh dan tekanan dan saluran luahan yang melebihi tekanan dalam silinder. Valve reed bahagian sedutan akan terbuka dan membolehkan bahan pendingin disedut masuk ke dalamm silinder sebelum omboh memampatkan bahan pendingin ke dalam saluran luahan.
   III.        Lejang luahan
Apabila omboh naik ke atas, bahan pendingin dalam silinder akan dipaksa keluar melalui valve reed yang terbuka kesaluran luahan. Dimasa yang sama valve reed saluran sedutan akan tertutup oleh tekanan tinggi bahan pendingin yang wujud oleh tekanan omboh.
  IV.        Pelinciran.
Pemampat jenis reciprocating biasanya menggunakan cara simbahan dimana rod rangkai menyimbahkan minyak kebahagian pemampat. Tapi ada juga yang menggunakan pam untuk  minyak keseluruh bahagian dalam pemampat. Minyak ini disalurkan melalui lubang pada shaft, dan dihantar melaui lubang rod rangkai untuk melincinkan bahagian rod rangkai,pin silinder dan permukaan dalam silinder, seterusnya minyak ini akan kembali semula ke bahagian bawah pemampat.











Operasi pemampat jenis swash plate

Terdapat beberapa omboh berpasangan yang dipasang pada swash plate. Kedudukan swash plate bersudut 720 untuk 10 silinder (10 omboh) dan swash plate bersudut 1200 untuk 6 silinder  ( 6 omboh ). Apabila satu omboh dalam lejang mampatan maka yang lain akan berada pada lejang sedutan

      I.        Mekanisma mampatan.
Didalam pemampat jenis swash plate, piston digerakkan oleh swash plate yang mana swash plate digerakkan oleh shaft hasil putaran pressure plate.
    II.        Pelinciran.
Minyak yang bercampur bahan pendingin akan disimbah oleh swash plate kesemua bahagian pemampat.



OPERASI PEMAMPAT JENIS ROTARY :

Pemampat jenis rotary menggunakan “through vane” untuk mampatan. Pemampat jenis ini mempunyai isipadu mampatan yang lebih tinggi walaupun unitnya kecil.kehilangan geseran yang sedikit dibilah(vane) dan tahap kebisingan yang lebih rendah.
Terdapat dua bilah yang setiap satu dipasang dalam kedudukan sudut 900 diantara satu sama lain dalam rotor. Setiap bilah akan membentuk ruangan yang berbeza didalam silinder. Ketika rotor berputar, bilah akn berubah kedudukan dalam arah membulat ketika bahagian hujungnya menggelungsur disekitar permukaan silinder.

Ketika rotor berpusing, isipadu ruangan terjadi antara bilah dengan bilah yang lain. Andaikan semasa bilah satu berputar melepasi suction port, maka bahagian pendingin akan disedut dan berada diantara bilah satu dan bilah dua. Seterusnya ia berputar menuju ke discharge port untuk melepaskan bahan pendingin ke saluran luaran melaui valve stopper.

Selepas itu, ruangan antara bilah satu dan bilah dua menjadi hampagas. Semasa bilah satu dan dua melepaskan bahan pendingin bilah dua dan tiga akan mengambil (menyedut) bahan pendingin dari suction port untuk dihantar ke discharge port. 




Sistem Kawalan penyamanan udara kenderaan

Penyamanan udara kenderaan adalah pengawalan suhu, pengawalan udara, kelembapan dan kebersihan udara untuk keselesaan dengan mendapatkan kesegaran dan udara yang bersih.

Kawalan penyamanan udara kenderaan:
Sistem ini perlu mengandungi pemampat, penyejat, pemeluwap, injap pengembang dan penapis penggering. Sistem ini menggunakan bahan pendingin sebagai medium pengejukkan bersama komponen tersebut untuk mendinginkan udara dalam kenderaan.

Antara kawalan penyaman udara kenderaan ialah :

                      i.        Cooler.
Suatu alat digunakan untuk mengejukkan atau menghilangkan lembapan dalam kenderaan atau udara yang bersih disedut ke dalam kenderaan

                    ii.        Heater.
Suatu alat yang akan memanaskan udara dalam kenderaan semasa musim sejuk.
Terdapat dua jenis heater digunakan:
1.    Coil heater/Heater core(menggunakan tenaga elektrik)
2.    Tiub bersirip(dari enjin/radiator kenderaan)

                   iii.        Pembersih udara.
Merupakan alat yang bertindak menapis dan membersihkan udara dalam kenderaan.

                   iv.        Vantilator.
Merupakan alat yang mengalirkan udara luar yang telah bertapis kedalam kenderaan
Terdapat beberapa jenis  vantilator:
1.    Natural flow-through
2.    Forced air


                    v.        Pemampat.
Merupakan nadi kepada sistem penyejukan kerana ia mengepam bahan pendingin keseluruh sistem.

                   vi.        Penyejat.
Berfungsi menyerap haba yang berada dalam kereta dan mengunakan pengejat.

                 vii.        Termostatik expansion valve.
Mengawal pengaliran refrigerent liquid kedalam penyejat berasaskan kepada pressure reduction.
Terdapat dua jenis expansion valve:
1.    Contastant pressure
2.    Thermal

                viii.        Pemeluwap.
Menyingkirkan haba iaitu dalam berkeadaan tekanan tinggi serta gas akan bertukar kepada liquid.

                   ix.        Receiver drier.
Betindak sebagai tangki simpanan liquid freon. Ia juga mengandungi filter dan desiccant. Bertujuan untuk menyerap kelembapan air yang terdapat dalam sistem.

                    x.        Amplifier.
Merupakan alat kawalan yang dibentuk oleh gabungan litar transistor.

                   xi.        Relay.
Mengurangkan kadar arus  untuk mengerakkan motor blower dan magnetic clutch.

                 xii.        Thermostat.
Menyelakkan pelarasan suhu di dalam ruangan dalaman kenderaan kepada suhu yang dikehendaki.
Terdapat 2 jenis thermostat :
1.    Jenis gas
2.    Jenis thermostat

                xiii.        Vacum switching  valve.
Menaikan kelajuan pemampat untuk membolehkan proses yang lebih baik sewaktu dalam kawasan lalu lintas yang sibuk.



                xiv.        Suis tekanan.
Mengesan kejatuhan tekanan apabila berlaku kebocoran di sistem dan memutuskan magnetic clucth bagi mengelakkan kerosakan pada pemampat.

                 xv.        Blower motor.
Memberi pengaliran kesejukan udara pada evaporator.

                xvi.        Kipas.
Menghantar udara didalam kenderaan atau udara luar ke sirip evaporator sebelum dihembus keluar melalui grill ventilator outlet.

Kipas terdiri pada 2 jenis:
1.    Axial flow
2.    Centrifugal flow




KITARAN KAWALAN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN



Proses kawalan penyamanan udara kenderaan.

Pemampat : pemampat akan berfungsi mengepam bahan pendingin dari tekanan rendah kepada bertekanan tinggi.

Condensor : gas dari pemampat akan memasuki condensor untuk memasuki gas bahan pendingin dalam bertekanan tinggi serta dalam bentuk gas. Selepas itu, gas akan bertukar kepada bentuk cecair untuk memasuki injap pengembang(thermostatik expansion valve). Condensor akan melakukan proses menyingkirkan haba dari haba evaporator.

Thermostatik expansion valve : thermostatik expansion valve akan mengawal pengaliran cecair bahan pendingin memasuki saluran evaporator.

Evaporator : cecair bahan pendingin akan memasuki evaporator dalam bertekanan rendah. Selepas melalui saluran evaporator cecair akan bertukar kepada bentuk gas untuk memasuki saluran pemampat untuk dimampatkan semula. Tugas evaporator adalah untuk menyerap haba sekeliling tempat dalam suatu bilik yang dikehendaki.



KAWALAN ELEKTRIKAL PENYAMAN UDARA KENDERAAN




 
Kesimpulan

Tuntasnya dari tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang pemampat dan jenis pemampat penyaman udara kenderaan. Selain itu dapat mengetahui sistem kawalan penyaman udara kenderaan. Proses bagaimana berlakunya pengejukan didalam kenderaan memerlukan proses di pemampat, condensor , evaporator, dan thermostatik expansion valve. Selain itu, aksesori tambahan turut membantu proses kawalan pengejukkan yang selesa dan sempurna pada kenderaan seperti filter drier, sight glass dan sebagainya. Maka, setiap kelengkapan yang lengkap akan dapat mengerakkan sistem dengan pergerakan bahan pendingin pada saluran suction dan saluran nyahcas(luahan) membentuk tekanan tinggi dan tekanan rendah.




2 ulasan:

lakeshiadady berkata...

Gambling in Florida, Ranked | DrmCD
18 states, including Florida, 인천광역 출장마사지 are considering a 제주도 출장마사지 2020 law to 제주도 출장안마 legalize sports betting, 통영 출장마사지 and 성남 출장안마 more states and State: FLPhone: 1-888-226-7000

Tanpa Nama berkata...

Betol ko dok demo ni